~ Tips Persediaan Untuk Melangkah Ke Alam Institusi Pengajian Tinggi ~
TIPS #1 Dapatkan maklumat mengenai pengangkutan pulang ke kampung halaman, terutamanya buat mereka yang pertama kali berjauhan dengan keluarga. Bagi pelajar yang akan merentas Laut Cina Selatan, sama ada daripada Kepulauan Borneo ke Semenanjung atau sebaliknya, boleh semak cara bagaimana untuk menempah tiket kapal terbang. Tapi, kebiasaannya pelajar Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung jarang pulang melainkan apabila cuti semester panjang. Jangan bersedih kerana inilah peluang untuk merasai keunikan budaya di Malaysia. Bolehlah beraya di rumah kawan-kawan di Semenanjung ini. TIPS #2 Semak tempat yang berkenaan untuk tujuan pengeposan barang. Biasanya ada saja pelajar yang baru mendaftar tertinggal dokumen penting atau barang yang berkenaan yang perlu diberikan semasa pendaftaran atau sepanjang minggu orientasi. Makanya, eloklah bersedia dengan maklumat asas seperti pejabat pos berhampiran dan alamat kolej kediaman atau asrama untuk menerima barang yang diposkan. ...